NAMA AHLI KUMPULAN


  1. ABDUL MUAZZ B ABD HADI (02DAD17F1082)
  2. MUHAMMAD HAKIM FADLAN B MAZLAN (02DAD17F1031)
  3. KAMAL INSANUDDINPUTERA B MOHD SHUHA (02DAD17F1022)
  4. MUHAMMAD SYAFIQ B A. RAHMAN (02DAD17F1076)
  5. MUHAMMAD AWADULLAH HAFISZUDIN B MAZLI (02DAD17F1046)
      6.MUHAMMAD HAFIZZUDIN B MUHAMMAD IZUDIN (02DAD17F1085)

                                               
                                     




                                           PENGENALAN

Diambil dari sebuah buku yang membahas Ulumul Qur’an, dijelaskan bahwa kisah-kisah dalam Al Qur’an itu terbagi menjadi tiga bagian,[4] penjelasnnya adalah sebagai berikut[5] :
1.      Kisah-kisah para Nabi dan Rasul terdahulu
Tentunya kita semua tahu bahwa tidaksemua Nabi dan Rasul itu disebutkan kisahnya di dalam Al Qur’an, Nabi dan Rasul yang disebutkan dalam Al Qur’an hanyalah 25 orang, dimulai dari Nabi Adam As sampai dengan Nabi Muhammad SAW.
Kemudian dari 25 orang ini, secara garis besar dilihat dari sisi panjang atau singkatnya kisahnya, dapat dijadikan menjadi tiga kelompok :
a.       Kisah yang disebutkan dengan panjang lebar, kisah yang masuk dalam kategori ini adalah kisah dari Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Yusuf, Musa dan Harun, Daud dan Sulaiman, serta Isa ‘alaihimu al-salam. Namun diantara yang lainnya, kisah Nabi Yusuf adalah kisah yang paling panjang, karena diceritakan dengan lengkap, mulai dari masa kecilnya sampai menjadi penguasa di mesir dan dapat berkumpul dengan Bapak dan Saudara-saudaranya.
b.      Kisah yang disebutkan dengan sedang, kisah yang masuk dalam kategori ini adalah kisah dari Nabi Hud, Luth, Shaleh, Isma’il, Ishaq, Ya’qub, Zakariya dan Yahya ‘alaihimu al-salam.
c.       Kisah yang disebutkan dengan sekilas, kisah yang masuk dalam kategori ini adalah kisah dari Nabi Idris, Ilyasa’ dan Ilyas.
Sedangkan kisah dari Nabi Muhammad SAW, bisa dikategorikan kedalam bagian yang pertama (diceritakan secarapanjang lebar), Karena diceritakan kisah Nabi Muhammad SAW beberapa peristiwa yang terjadi pada zaman beliau, seperti peristiwa yang yang dialami beliau waktu kecil, permulaan dakwah, hijrah, dan beberapa perang yang dialami serta beberapa gambaran kehidupan keluarga beliau.

2.      Kisah ummat, tokoh, atau pribadi (bukan Nabi) dan peristiwa-peristiwa masa lalu
Tokoh yang pertama kali kisahnya diceritakan dalam Al Qur’an adalah dua orang putra Nabi Adam sendiri yaitu Qabil dan Habil, Al Qur’an menceritakan kisah ketika Qabil membunuh saudaranya sendiri Karena akibat dari sifat dengkinya. Inilah pembunuhan pertama yang terjadi dalam sejarah umat islam. Dan masih banyak lagi kisah-kisah seorang tokoh yang diceritakan dalam Al Qur’an, sebagian dari kisah ini antara lain :
a.       Kisah Qarun yang hidup pada zaman Nabi Musa As
b.      Kisah peperangan antara Jalut dan Thalut
c.       Kisah tentang Ashabul Kahfi
d.      Kisah Raja Dzul Qarnain
e.       Kisah kaum Ashabul Ukhdud
f.       Kisah Maryam yang diasuh oleh Nabi Zakariya
Dan beberapa kisah lain yang tidak bisa disebutkan oleh penulis secara lengkap.

3.      Kisah-kisah yang terjadi pada zaman Nabi Muhammad SAW
Beberapa kisah yang terjadi pada masa Nabi Muhammad juga disebutkan  dalam Al Qur’an, salah satunya yaitu ketika sebelum Nabi lahir Tentara Bergajah melakukan penyerbuan ke Makkah yang bertujuan untuk menghancurkan Ka’bah, yang dipimpin oleh Raja Abrahah. Diceritakan pula kisah Nabi Muhammad waktu kecil dengan statusnya sebagai anak yatim yang miskin dan belum mendapat bimbingan wahyu, dengan bahasa yang singkat dan puitis.
Dan juga peristiwa setelah beliau diangat menjadi Rasul, yaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj, hijrah, perang badar, perang uhud, perang azhab atau perang khandaq, dan perang humain, juga kisah-kisah seputar fathu makkah dan peristiwa lainnya yang juga tidak bisa disebutkan oleh penulis secara lengkap.



                     






                               KISAH-KISAH DALAM AL QURAN DAN  PENGAJARAN BAGI MANUSIA



Dalam kata lain, cerita-cerita yang dihidangkan di dalam Al-Qur`an adalah bersifat pendidikan, pengajaran, contoh tauladan, menjadi iktibar, menuntut berfikir, menjadi pedoman dan panduan bagi menyubur iman dan ketakwaan.

Sebagai contoh, menurut Ibn `Abbas radiya Allah `anhuma, bahawa sahabat-sahabat Nabi telah meminta kepada Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada mereka sesuatu yang memberikan pengajaran kepada merela, lalu diturunkan Ayat-Ayat Suci yang menceritakan perihal Nabi Yusof a.s. Cerita Nabi Yusof a.s. merupakan seindah-indah cerita baik dari segi tema, keindahan bahasa, susunan cerita, plot, ketegangan, peleraian, penyelesaian dan pengajaran.
(Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur`an, oleh Shaykh Abdullah bin Muhammad Basmih, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1985: 436).

Cerita-cerita yang utama di dalam al-Qur`an ialah cerita-cerita yang berhubung dengan rasul-rasul yang diutus Allah membawa hidayah dan panduan, juga cerita-cerita tentang nabi-nabi dan tokoh-tokoh berwatak baik dan juga tidak baik.

Cerita-cerita Rasul, ialah mengenai 25 Rasul, iaitu dari Nabi Adam a.s. hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang antara fungsi Rasul-Rasul disifatkan oleh Al-Qur`an:
``Semua yang kami kisahkan kepada engkau tentang sebahagian cerita para Rasul, semoga dapat memperteguh hatimu di samping memperoleh kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.`` (Hud: 20).

Dan tentang Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. firman Allah bermaksud:

``Dan sesungguhnya pada Rasulullah s.a.w. menjadi contoh tauladan yang elok`` ( Al-Ahzab: 21).

Juga FirmanNya yang bermaksud:

``Dan tidaklah kami utuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan memberi rahmat kepada sekalian Alam.`` (al-Anbiya`: 107).

Contoh ringkasan cerita Nabi Adam a. s.:

Merupakan bapa sekalian manusia, dicipta dari tanah. Ketika di syurga beliau bersama Hawa ibu bagi manusia digoda oleh Iblis hingga terkeluar dari syurga dan dihantar sebagai khalifah di bumi. Dari keduanya berkembang turunan manusia yang memakmurkan bumi.

Antara hikmat dipelajari:
Adam adalah abu al-basyar
Iblis musuh yang terus berusaha menyelewengkan manusia
Manusia turunan Adam paling layak memakmurkan alam.
(Qishashul Anbiya – Sejarah 25 Rasul, (Selenggaraan Ny. H. Hidayah Salim, PT. Al-Ma`arif, Bandung, 1988: 5-15).

Ringkasan cerita Nabi Idris a. s.:

Ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Terangkanlah hal Idris yang tersebut di dalam Al-Kitab (Al-Qur`an) bahawa Idris itu seorang Nabi yang benar, dan Tuhan telah meninggikan darjatnya.`` (Maryam: 56-57).

Beliau adalah yang mula-mula pandai menulis dan membaca dan diturunkan kepadanya 30 sahifah untuk disampaikan kepada umatnya.
Beliau mahir menunggang kuda, pandai menghitung dan mahir berkenaan bintang. Beliau mahir menggunting dan menjahit pakaian, sebelumnya menggunakan kulit binatang sebagai pakaian. Beliau mempunyai kekuatan hingga mampu memerangi penderhaka terhadap Allah.

Hikmah pengajaran:

Nabi Idris memulakan budaya menulis dan membaca
Nabi Idris banyak ilmu pengetahuan
Perlu kekuatan bagi memerangi penderhaka Tuhan.
(Qishashul Anbiya`, 1988: 16-17).

Ringkasan cerita Nabi Nuh a.s.

Adalah keturunan kesepuluh dari Nabi Adam a.s. Nabi Nuh dibangkit bagi menyeru kaumnya mentaati Allah, tapi mereka mengingkarinya.
Kaumnya memperolok-olak Nuh membina bahtera di daratan dan dengan peringatan yang disampaikan
Allah menurunkan bala dengan banjir besar.
Yang kafir dan enggan termasuk anaknya karam dan binasa dalam banjir.

Hikmat pengajaran:

Walaupun seruan kepada kebaikan ada juga yang menentang
Bala diturun Allah dengan sebab penderhakaan
Penentang boleh datang dari keluarga sendiri.
(Qishashul Anbiya`, 1988:18-24).
Demikian ringkasan tiga cerita daripada 25 Rasul.

Banyak lagi cerita selain dari 25 Rasul. Antaranya diceritakan di dalam Al-Qur`an
Tentang negeri Saba` yang makmur dengan pertanian dengan menggunakan empangan. Turut makmur sama perladangan ialah ternakan. Namun kemudiannya penduduk lalai dengan kemakmuran dan rakyat enggan dari membayar zakat. Empangan tidak dijaga menyebabkan pecah dan merosakkan pertanian dan ternakan.
(Ali Ahmad, Kisah-Kisah Iktibar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994: 3-6).

Manakala kaum Thamud di negeri Madyan, kawasan berbukit bukau antara Hijaz dan Sham menikmati kekayaan dan kemakmuran. Mereka mahir berniaga dan tinggal di kediaman mewah. Mereka menyembah berhala. Allah menghantar perutusan – Nabi Saleh memberi peringatan agar mematuhi perintah Allah, tetapi mereka ingkar dengan perjanjian hingga mereka dimusnahkan dengan angin taufan yang meranapkan kediaman dan mematikan mereka.
(Ali Ahmad, Kisah-Kisah Iktibar, 1994: 7-10).

Selain dari watak di dalam al-Qur`an ialah watak-watak sahabat pada zaman Rasulullah yang boleh diambil contoh.
Antara watak-watak ialah pemuda yang bernama `Alqamah pada zaman Rasulullah s.a.w. yang tinggal bersama ibunya setelah bapanya meninggal. Dimaklumkan kepada Rasulullah `Alqamah sakit. Rasulullah menghantar sahabatnya, iaitu Bilal, Saydina Ali dan lain-lain menziarahnya. Mereka dapati `Alqamah sedang naza`, tapi sukar meninggal. Makluman disampaikan kepada Rasulullah. Rasulullah meminta ibunya datang menemui Rasulullah dan bertanya kiranya `Alqamah ada melakukan apa-apa yang menyakiti hatinya. Pada mulanya dia menyembunyikan perkara sebenar. Tapi bila diugut untuk dibakar rumahnya bersama anaknya. Beliau akhirnya mengakui terasa hati terhadap anaknya yang mengutamakan isterinya dan mengecilkan hatinya. Ibu `Alqamah memaafkan anaknya. Kemudian barulah anak dapat mengucap kalimah syahadah. Jenazah disembahyang oleh Rasulullah dan sahabat-sahabat. Rasulullah mengingatkan siapa yang mengutamakan isteri dan membelakangi ibunya dilaknat Allah.
(Ali Ahmad, Kisah-Kisah Iktibar, 1994: 35-37).

Kisah Tha`labah bin Hatib al-Ansari juga menarik, beliau sahabat yang hidup miskin, tetapi kuat beribadah. Saban masa dia berjamaah di Masjid Nabawi. Tapi kemudian berlaku perubahan, sebaik habis solat dia segera meninggalkan masjid. Caranya tidak digemari Rasulullah, beliau ditanya Rasulullah. Beliau memaklumkan beliau terpaksa bersegera pulang bagi menyalin pakaiannya untuk diguna isterinya untuk solat. Rasulullah bersimpati dengannya. Tha`labah memohon Rasulullah agar berdoa baginya supaya mendapat rezeki yang banyak. Tapi Rasulullah mengingatkan, Rezeki yang sedikit, tapi bersyukur lebih baik dari yang banyak, tetapi tidak bersyukur. Namun senggan beberapa masa Tha`labah memohon Rasulullah mendoakannya untuk mendapat rezeki yang hingga akhirnya setelah beberapa kali dipohon Tha`lanah kepada Rasulullah s.a.w. maka diperkenankan oleh Rasulullah s.a.w. dan mendoakannya sebagaimana yang dipinta. Tha`labah mendapat hadiah sepasang kambing. Ternakannya ini berkembang subur. Oleh kerana sebok dengan ternakan, maka Tha`labah makin kurang pergi berjamaah di masjid. Rasulullah kurang senang dengan perubahan sikap Tha`labah. Bila perintah mengeluarkan zakat dikenakan beliau enggan. Beliau tidak disenangi Rasulullah dan sahabat-sahabat. Ternakannya hilang keberkatan dan akhirnya musnah berpenyakit.
(Ali Ahmad, Kisah-Kisah Iktibar, 1994: 38-41).

Jelas dari cerita-cerita dari Al-Qur`an dan cerita-cerita tambahan yang dipaparkan mempunyai mesej pendidikan yang bagi yang berakal dapat mengambil iktibar, bahawa cerita-cerita berkenaan membawa nilai murni yang jika diikuti membawa kepada keselamatan, manakala nilai-nilai jahat perlu dijauhi, jika tidak akan mengundang kepada kecelakaan dan kebinasaan.

Jelas Al-Qur`an menggunakan bentuk-bentuk cerita di dalam menyampaikan pengajaran. Sebab itu bersastera dan menggunakan bentuk-bentuk sastera di dalam persuratan yang dapat membawa kebaikan adalah menurut cara Al-Qur`an dan tidak dilarang. Lantaran itu boleh menggunakan kaedah sastera yang bertujuan baik yang dapat menarik khalayak membaca dan mengambil iktibar daripadanya.


                                

                                             KESIMPULAN


Dari uraian makalah di atas kita dapat mengambil beberapa kesimpulan diantaranya:
  1. Alquran merupakan kitab suci umat Islam dan manusia seluruh alam yang tidak dapat diragukan kebenarannya dan berlaku sepanjang zaman, baik masa lalu, masa sekarang maupun masa yang akan datang.
  2. Sebagian isi kandungan dalam Alquran kebanyakan memuat tentang qashas (sejarah) umat-umat terdahulu sebagai bahan pelajaran bagi umat sekarang (umat Islam).
  3. Qashashul quran adalah kabar-kabar dalam Alquran tentang keadaan-keadaan umat yang telah lalu dan kenabian masa dahulu, serta peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.
  4. Tujuan kisah Alquran adalah untuk memberikan pengertian tentang sesuatu yang terjadi dengan sebenarnya dan agar dijadikan ibrah (pelajaran) untuk memperkokoh keimanan dan membimbing ke arah perbuatan yang baik dan benar.
  5. Kisah dalam Alquran dibedakan tiga macam, yaitu: kisah dakwah para nabi, kejadian umat terdahulu dan kejadian di zaman Rasulullah Muhammad saw.
  6. Unsur kisah Alquran juga ada tiga, yakni: adanya Pelaku, kejadian atau peristiwa dan percakapan.
  7. Inti dari fungsi kisah dalam Alquran adalah untuk dakwah menegakkan kalimat tauhid, membantah kebohongan kaum kafir serta menjadikannya sebagai pelajaran yang amat berharga bagi umat Islam.







                                                               

Comments